Kes kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan nampaknya baru sahaja bermula apabila keterangan kedua ibu bapanya direkodkan oleh pihak polis.
Hari ini, ibu Zayn Rayyan sekali lagi menarik perhatian warga Malaysia apabila kehadirannya di mahkamah sangat ditunggu-tunggu untuk perkembangan kes tersebut.
Namun, malang apabila ibu kepada kanak-kanak tersebut tidak dapat memberi sebarang komen berikutan dirinya dan suami masih lagi dalam tahanan reman.
Walaubagaimanapun, kakak kepada ibu Zayn Rayyan ada memberikan responnya berkenaan kes melibatkan adik bongsunya.
Dia yang enggan dikenali menyifatkan perkembangan kes tersebut bakal memberi khabar gembira kepadanya dan juga rakyat Malaysia.
Ia berikutan tiada pengakuan yang dibuat oleh ibu kanak-kanak itu di mahkamah pada hari ini.
“Harapan untuk esok kita sama-sama tunggulah (dituduh atau dilepaskan). Alhamdulillah (tiada pengakuan) untuk (prosiding rakam keterangan).
“Insya-Allah satu Malaysia (akan gembira),” katanya ringkas ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Sebelum ini, pasangan itu ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.
Baca juga: “Shuhaimi mimpi Sharifah Aini dan Siti Sarah ajak pergi taman cantik”-Ina Naim