Tubuh manusia mempunyai pelbagai bau yang tercipta, kerana itu kita memakai deodorant dan juga minyak wangi untuk menutup bau yang kurang menyenangkan.
Namun, andai miss V yang berbau, bagaimanakah kaum wanita dapat menutupnya?
Itu tidak mungkin terjadi kerana ia adalah haruman semulajadi yang keluar dari bahagian intim wanita yang berkemungkinan terkena jangkitan kuman dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.
Di TikTok, Dr. Raihana Ismail berkongsi lima jenis bau faraj yang perlu diberi perhatian oleh kaum Hawa.
Menurut Dr. Raihana, wanita perlu segera mencari rawatan jika faraj mereka berbau seperti bangkai.
Jelasnya, simptom tersebut yang disusuli oleh perubahan cecair faraj mungkin menjadi indikasi penyakit yang dapat mempengaruhi kesuburan wanita.
Berikut lima jenis bau faraj yang wanita perlu ambil tahu:
1. Bau duit syiling
Yang pertama adalah bau seperti duit syiling atau bau copper yang biasanya berlaku ketika seorang wanita sedang haid. Darah yang keluar mempunyai bau seperti duit syiling.
2. Bau peluntur
Yang kedua adalah bau seperti peluntur yang mungkin berlaku setelah bersama suami, apabila ada lebihan air (suami) yang bergabung dengan air faraj wanita. Oleh itu, bau tersebut menjadi seperti peluntur sedikit.
3. Bau yis masam
Yang ketiga, semasa seorang wanita sedang subur, faraj mungkin berbau masam sedikit, seperti yogurt asli. Ini disebabkan oleh kehadiran mikroorganisma yang dikenali sebagai mikroflora. Mikroflora ini menyebabkan pH dalam faraj wanita menjadi berasid.
Oleh itu, bau tersebut agak masam ketika seorang wanita berada dalam tahap kesuburan di tengah bulan. Walau bagaimanapun, bau tersebut tidak terlalu masam dan bergantung kepada pemakanan juga. Contohnya, jika seseorang makan buah-buahan beri seperti strawberi, bau faraj mungkin sedikit manis.
4. Bau seperti peluh ketiak
Yang keempat, faraj mungkin berbau tajam seperti bau peluh, serupa dengan bau ketiak yang berpeluh. Ini boleh berlaku jika seorang wanita banyak buat aktiviti, terutamanya jika dia melakukan senaman yang intensif atau aktiviti yang menyebabkan badan berpeluh banyak. Oleh itu, bau faraj juga boleh menjadi tajam jika wanita tersebut mengalami keadaan berpeluh berlebihan.
5. Bau bangkai atau bau hanyir busuk
Bau yang berbau seperti ikan atau bau bangkai adalah tanda yang tidak normal. Jika bau ini berterusan berhari-hari, adalah penting untuk mencari bantuan perubatan segera. Perubahan dalam cecair faraj ke warna kuning kehijauan boleh menunjukkan jangkitan trichomoniasis, yang merupakan penyakit kelamin.
Jangkitan ini boleh memberi kesan negatif kepada kesuburan dan meningkatkan risiko tersumbatnya tiub fallopio. Oleh itu, adalah penting untuk berjumpa dengan seorang doktor secepat mungkin untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang sesuai.
Bau hanyir yang disertai perubahan cecair faraj seperti kelabu adalah tanda kemungkinan jangkitan bakteria vaginosis. Dalam situasi ini, adalah penting untuk segera mendapatkan antibiotik yang sesuai dengan preskripsi doktor.
Juga, adalah baik untuk menjalani ujian pap smear untuk mengenal pasti jenis kuman penyebab jangkitan dan mendapatkan rawatan yang sesuai berdasarkan penyakit tersebut.
Yang kelima ni sangat bahaya, simptom ini tak boleh ada berhari-hari. Biasanya ia disusuli dengan simptom gatal juga.
Baca juga: Aplikasi Tiktok bakal diharamkan