Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengkritik tindakan media sosial Facebook, Meta yang dilihat menurunkan artikel Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar yang bertemu dengan pemimpin Hamas semalam.
Jika diteliti, kedua-dua berita yang disiarkan tidak mempunyai apa-apa aspek seperti didakwa oleh Meta,” katanya di sini pada Rabu.
Tindakan yang dilakukan oleh Meta itu dilihat tidak menghormati kebebasan media yang menggunakan platform mereka untuk menyampaikan berita.
“Saya kesal dan kecam tindakan Meta,” katanya.
Fahmi turut menambah dirinya turut mengutus sepucuk surat menggunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi meminta penjelasan dari Meta berhubung tindakan tersebut.
“Pada Jun depan satu pertemuan dengan semua syarikat penyedia perkhidmatan media sosial saya akan bangkitkan isu ini supaya pelaporan berita Perdana Menteri tidak dikenakan perilaku seperti ini,” katanya.
Pada Selasa lalu, Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dengan delegasi Hamas yang diketuai oleh Ismail Haniyeh dalam sesi taklimat di Qatar.
Baca juga: Padah guna gambar Agong ketika kempen, warga emas dipenjara sebulan