‘Fakta Lawak’ 2023, Ramai ‘cari’ Ira Kazar..Michelle Yeoh pun boleh kalah tau

Mendekati penghujung tahun 2023, kita sudah melihat beberapa peristiwa besar yang berlaku di seluruh dunia dan juga di Malaysia sepanjang tahun ini.

Antara perkara yang dinantikan pastinya adalah carian mengenai peristiwa, individu yang paling berpengaruh, dan sebagainya dalam enjin carian Google.

Bagi peringkat selebriti Malaysia, menduduki tangga pertama dalam senarai 10 nama paling popular sebagai Artis Paling Trending adalah Ira Kazar, yang juga merupakan isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof. Ia mungkin kedengaran lucu, tetapi itulah realitinya.

Secara tidak langsung, wanita tersebut mengatasi populariti aktres yang telah mencipta nama di Hollywood, Tan Sri Michelle Yeoh, yang berada di tempat ketiga setelah pelawak yang tidak berapa lawak iaitu Jocelyn Chia.

Aktres Puteri Sarah dan Syamsul Yusof pula masing-masing berada di tangga kelima dan keenam, diikuti oleh pelakon yang baru memeluk Islam dan berkahwin dengan Sabri Yunos, Angelina Tan.

Nampaknya isu-isu rumah tangga yang muncul sejak awal tahun ini mungkin menjadi salah satu faktor yang membuat ramai orang “mencari” Ira, Puteri Sarah, dan Syamsul dalam carian trending.

Selebriti lain yang berada radar pencarian rakyat negara ini ialah Zarina Anjoulie, Intan Najuwa, Sabri Yunos serta aktor Korea Selatan, Ahn Bo Hyun.

Baca juga: Impian peminat bakal tercapai, Lan Pet Pet sedia ‘comeback’ untuk rakam Senario The Legend