Semalam kita dikejutkan dengan berita Farah Kartini dibunuh. Namun ada yang membuat spekulasi mengatakan Farah mengikut teman lelakinya ke Thailnand.
Rakan baik arwah tampil dengan satu video memohon netizen tidak membuat spekulasi tidak benar mengenai arwah.
Katanya, sebelum ini ada netizen menuduh arwah mengikut teman lelaki ke Thailand namun semua itu tidak benar.
Video yang trending di Tiktok yang menggunakan nama Haziq berkata, mereka berkawan rapat semasa belajar di universiti sehinggalah graduasi bersama-sama.
Saya nak bagi teguran kepada netizen yang buat spekulasi ketika kehilangan arwah yang menyatakan arwah ada boyfriend lah, ikut boyfriend pergi Thailandlah.
Tegur lelaki ini, lebih baik netizen diam daripada mengeluarkan tuduhan yang boleh mengguris hati ahli keluarga atau orang-orang yang menyayangi arwah.
Kedua, lelaki ini memohon orang ramai menjaga keluarga masing-masing dan pastikan setiap keluarga yang tinggal jauh dilengkapi tracker yang boleh mengesan lokasi mereka.
Walaupun tracker seakan-akan mengganggu privasi, tetapi ianya penting untuk mengelakkan perkara tidak baik.
Lelaki ini memohon arwah mendapat keadilan di atas apa yang berlaku terhadapnya.
Sementara itu pagi ini, seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini.
Difahamkan, dia dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.
Kereta polis yang membawa suspek berusia 26 tahun tiba di perkarangan mahkamah pada jam 8.48 pagi.
Suspek dilihat memakai pelitup muka dan memakai baju lokap polis berwarna oren.
Terdahulu, seawal 8 pagi, pengamal media mula berkumpul di perkarangan mahkamah ini bagi membuat liputan.