Farah Lee mahu gerakkan NGO bantu kanak-kanak OKU dari keluarga B40

Kerana ingin membantu kanak-kanak OKU di kalangan keluarga B40, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali dengan Farah Lee menubuhkan sebuah NGO dengan rakannya Hafizul Faiz.

“Minggu lepas daftar NGO khas untuk Farah Lee, dan dah lulus. Alhamdulillah. Sekarang tengah tunggu akaun bank saja,” tulis Hafizul melalui facebook beliau.

Farah Lee mula menjadi instafamouse selepas berpisah dengan penmgacara TV3, Ely Iskandar.

Menurut Hafizul, Farah Lee dah ada movement dia sendiri, FL Childrity.

“Dua hari lepas kami jumpa brainstorm idea. Projek apa yang dia nak mula.

“Saya cadangkan satu projek yang saya sendiri dah lama teringin nak buat tapi tak ada networking yang kuat untuk buat.

“Iaitu bantu anak-anak OKU,” kata beliau.

Ramai yang ada anak autisme, ADHD dan selainnya yang perlukan bantuan dari segi sesi terapi dan rawatan susulan.

Hendak masuk sekolah khas pun, bukan murah bayarannya.

“Saya cadangkan buat satu projek bantu anak OKU B40 ni. Dan Farah pun terus kata, “On”.

“Insya-Allah siap sahaja akaun bank nanti, bolehlah terus mula,” tulis beliau lagi.

Saya ni advise sahaja, nak buat dah tak menang tangan dah walaupun idea dalam kepala tu banyak dan saya yakin, bagi impact yang kuat kat masyarakat.

Sebelum mereka balik ke rumah masing, kata Hafizul, Farah share dia kata dia nak fokus benda ni, “sebelum ni tak boleh fokus sebab kena kukuhkan kewangan dia.”