Farid dan Diana mesra duduk bersebelahan-Beri emoji lelaki dilamun cinta

Tular satu video Diana Danielle dan Farid Kamil begitu mesra apabila mereka duduk bersebelahan ketika menjayakan sebuah program menarik perhatian ramai.

Menerusi Instagram Story Farid juga turut memuat naik video Diana sedang ditemubual yang turut disertakan emoji lelaki sedang dilamun cinta dengan bentuk ‘love’.

Farid dan Diana juga seakan-akan mahu memberi bayangan mereka kini dalam proses rujuk semula menerusi video temubual pendek yang dimuat naik di TikTok program berkenaan.

“Walaupun apa yang terjadi adalah satu musibah. Ia sebenarnya kalau dilihat, merupakan satu nikmat juga,” kata Farid secara ringkas di video pendek berkenaan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan mendoakan pasangan selebriti itu rujuk semula sebagai suami isteri selepas bercerai, baru-baru ini.

“Semoga mereka berdua dapat rujuk semula dan perbaiki kelemahan masing-masing demi rumah tangga mereka. Insya-Allah.

@budieychannel

Betul ke mereka akan bersama semula deni anak-anak & keluarga? Nantikan podcast BORAK SINI HABIS SINI. #boraksinihabissini #budieychannel

♬ original sound – Budiey – Budiey

“Alhamdulillah, rujuk semula. Semoga jodoh mereka kekal hingga ke jannah,” itu antara komen-komen netizen.

Bagaimanapun, setakat ini mereka masih belum mengesahkan spekulasi membabitkan mereka itu.

Pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Baca juga: Gara-gara kaki judi, culik cucu 4 tahun pulang dari sekolah ‘call’ ibunya minta wang tebusan