Farid Kamil pegang perut Diana Danielle, netizen titip doa mohon ada berita gembira

Selepas mengejutkan ramai dengan berita kembali rujuk, pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle menjadi tumpuan peminat selepas memuat naik gambar di laman sosial instagram.

Farid memakai pakaian serba hitam, sementara Diana mengenakan baju kurung bersama dengan tudung hijau.

Mereka yang bergambar mesra dengan tangan aktor itu memegang perut isterinya bersama dengan kapsyen yang ditulis “Tak perlu la dekat perut”.

Gambar yang dikongsi itu meraih 50,000 tanda suka dan juga 1,600 komen dari pengikutnya.

Ramai yang memberi komen pasangan ini bakal menimang cahaya mata ketiga selepas semua kemelut yang berlaku.

Tidak kurang juga yang mendoakan pasangan tersebut berbahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 3 November 2012 dan mempunyai dua orang cahaya mata sebelum mengambil keputusan berpisah pada 10 0gos bulan lalu.

Baca juga: Rangka dinosour zaman Jurassic dilelong RM5.63 Juta