Baru-baru ini pelakon dan usahawan Nur Fazura dilaporkan telah mengamuk sakan apabila dikatakan telah mengenakan hoodie dan bersuka ria di sebuah kelab malam.
Justeru itu beliau telah tampil memberikan responnya berhubung tindakan segelintir pihak yang sering mengaitkan namanya apabila dituduh sebegitu rupa.
Beliau berkata tuduhan clubbing sangat berat kerana dia tak melakukan perkara itu. Bagaimanapun isteri kepada Fattah Amin ini mengaku ada memakai hoodie dan topi di luar.
Terdahulu, Fazura memuat naik satu hantaran di Instagram Story menujukan kepada seseorang. Tetapi pelakon ini tidak menyebut sebarang nama.
“Jangan berlagak ‘mangsa’ supaya tak menguji sabar dan diamnya selama 9 bulan ini. Iyalah, sabar seseorang pun ada hadnya juga kan,”katan beliau.
Dalam hantaran tersebut, selebriti ini turut menyertakan quote menyatakan dia berusaha menyelamatkan reputasi orang lain dengan tidak membuka cerita.
Katanya, jalan terbaik untuk menghadapi dugaan adalah dengan mendiamkan diri.
Terdahulu, pelakon ini sempat menasihati pihak yang membuat tuduhan supaya berhenti mencuit dirinya. Selama ini, dia hanya buat hal sendiri namun ada pihak yang masih tak berpuas hati.
Baca juga: Isu staff KLCC bagi Mat Saleh potong line: “Silaplah, aku ni peguam tau, tiada maaf bagimu”