‘Fed-up’ agaknya cari pantai tak jumpa, Minah Saleh ini berjemur tengah KL buat netizen terhibur

Di negara kita ini jarang nak lihat rakyat Malaysia sendiri berjemur di tengah panas. Kalau ada, memang salute lah tetapi kebanyakannya semua tak sabar-sabar nak cari tempat berteduh. Hujan berteduh, panas pun kalau boleh kita nak berteduh juga!

Tapi lebih melucukan apabila kita sendiri kadang kala bingung apabila lihat pelancong luar negara dan Mat Saleh semua selamba berjalan di bawah terik matahari. Siap berjemur pun ada juga.

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok berkongsikan satu rakaman video yang ternyata menghiburkan netizen apabila seorang Minah Saleh dilihat terbaring di atas jalan berumput untuk berjemur bawah cahaya matahari.

Gaya Minah Saleh itu mencuri perhatian ramai kerana keadaan jalan ketika itu sedang sibuk dengan kereta lalu lalang, selain lokasinya di ‘tengah jalan’ yang sebenarnya bukanlah tempat berehat.

@suerayasolomon

♬ original sound – yanaothman – yanaothman

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dan berseloroh mungkin Minah Saleh tersebut ‘fed-up’ kerana tiada pantai di Kuala Lumpur walaupun KL ada kawasan yang dinamakan Pantai Dalam.

Mereka juga membuat lawak mengatakan mungkin begini perasaan Minah Saleh itu apabila melihat orang kita datang ke negaranya dan bermain salji di tepi jalan.

“Hahaha ingat nak cari pantai tapi tak jumpa-jumpa. Dia ingat Johor kot bandar dekat pantai. Last-last fade up,” komen seorang pengguna TikTok.

“Pakcik I bagi tahu kat luar negara diorang kalau nampak matahari sikit je cepat-cepat alas dengan kain dan baring kat jalan macam tu je,” tulis pengguna lain.

“Aku dah kata dah kat Pantai Dalam tak ada pantai,” seloroh pengguna lain pula.

Baca juga: Rosyam harap anak seni tak letak diri setaraf dengan instafamous, jaga kredibiliti

Baca juga: Dibayar RM500,000 untuk kerja dengan Hot FM? “No komen tapi saya datang dengan barang” – Johan

Baca juga: “Kesian budak hulu tak pernah miss latihan ditendang kerana alasan nak ambil budak kau”