‘Fedup’ masak sebab asyik hancur! Ini rupanya cara simpan mee yang betul..kalau kena gaya boleh tahan lama

Pasti ada di antara kita yang pernah menghadapi situasi di mana mi kuning atau kuetiau “patah-patah” apabila cuba dipisahkan semasa hendak dicuci.

Lagi-lagi bila digoreng. Makin kecewalah sebab tak lalu nak hidang kepada tetamu.

Sebenarnya, masalah tersebut ada kaitan dengan cara penyimpanannya.

Untuk pengetahuan, mi kuning atau kuetiau sebaiknya tidak disimpan terus di dalam peti sejuk setelah dibeli dari kedai atau pasar.

Jom tengok tip penyimpanan yang betul sebagaimana perkongsian di Facebook:

1. Keluarkan dari bungkusan. Jangan cuci, hanya pisahkan mi kuning atau kuetiau.

2. Letakkan dalam bekas yang kering dan tutup rapat.

3. Tambah sedikit minyak masak ke dalam bekas yang mengandungi mi kuning dan kuetiau tersebut.

4. Simpan bekas yang mengandungi mi dan kuetiau ke dalam peti sejuk.

5. Keluarkan bekas dari peti sejuk apabila hendak digoreng. Pastikan anda membersihkan mi kuning atau kuetiau terlebih dahulu sebelum mengolahnya.

Selain itu, anda juga boleh mencuba langkah-langkah berikut untuk memastikan mi kuning atau kuetiau tahan lama:

1. Celur atau rebus mi atau kuetiau sebentar, kemudian setelah sejuk, simpan dalam peti sejuk. Langkah ini dapat membuat mi dan kuetiau tahan selama seminggu.

2. Jika mi atau kuetiau menjadi keras setelah dikeluarkan dari peti ais, anda boleh memasukkannya ke dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) selama kira-kira 2 hingga 3 minit. Biarkan sejuk sepenuhnya, kemudian cuci dan toskan airnya sebelum dimasak.

Selamat mencuba!

Baca juga: 4 lelaki terdesak rompak, curi mangkuk tandas bersalut emas harga RM27.6 juta