Tular di laman sosial Facebook berkenaan segelintir masyarakat lebih-lebih lagi yang beragama Islam mendakwa ingin hidup berumahtangga tanpa kehadiran zuriat sendiri.
Mereka turut mempunyai kesihatan yang bagus iaitu dalam golongan berkemampuan untuk memiliki anak.
Menurut Mohd Ariff, golongan sebegini turut meletakkan nilai kekeluargaan itu lebih bahagia tanpa seorang anak.
“Satu fenomena baru dalam masyarakat kita. Hidup berkeluarga, tetapi sengaja memilih untuk tidak memilik anak.”
“Ingat ya, orang lelaki, tiada jam biologi tidak seperti orang perempuan. Saya melihat, yang paling rugi nanti adalah orang perempuan apabila melepasi umur untuk mengandung.”
Individu itu turut menyelar golongan ini lebih-lebih wanita akan merasa rugi kerana apabila sudah berumur mereka tidak mampu lagi untuk melahirkan namun bagi lelaki, mereka masih mampu untuk mengeluarkan sperma walaupun sudah berumur.
“Ya benar, tanpa anak, anda bebas ke sana ke mari. Tidak perlu merancang berjalan sewaktu sesi cuti persekolahan anak. Nak bercuti di saat orang lain bekerja, boleh. Itu semua hanya boleh berlaku semasa anda sihat bertenaga.”
“Tetapi, ingatlah, kita ni manusia. Akan sampai saat kita semakin berusia. Semakin meningkat usia, semakin kita merasai kesunyian.”
Lelaki tersebut turut memberi nasihat bahawa sesungguhnya kita hanya manusia biasa yang akan merasai kesunyian apabila sudah berumur namun itu dapat dielakkan dengan memiliki zuriat sendiri yang juga menjadi ladang pahala kita di akhirat sana.
Tinjauan di ruangan komen menunjukkan ramai yang tidak bersetuju dengan fenomena ini kerana rata-rata mengatakan anak itu adalah rezeki.
“Bila orang xnampak yg zuriat tu rezeki yg bernilai mcm ni lah jadinya.”
“Kasian childfree,,tiada yg mndoakan kita nnti d alam kubur..”
Baca juga: Ini cara betul cuci sayur brocoli, kalau salah ‘gaya’ boleh terkena keracunan makanan