FF1 Milik DYMM Sultan Ibrahim

Nombor pendaftaran FF1 yang menjadi rebutan rakyat Malaysia pada minggu lalu akhirnya menjadi milik DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

Berita itu disampaikan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada hari ini.

Menerusi laman Facebook, Loke memberitahu telah mempersembahkan nombor khas FF1 itu secara simbolik kepada Tuanku Sultan Ibrahim.

“Tuanku telah perkenan untuk membayar kepada kerajaan sebanyak RM1.2 juta untuk nombor khas tersebut.

“Untuk rekod, bayaran RM1.2 juta merupakan nilai tertinggi yang pernah dikutip setakat ini oleh kerajaan untuk pendaftaran satu nombor plat kenderaan.

“Bayaran ini menjadikan jumlah kutipan hasil kerajaan untuk nombor siri FF meningkat ke RM35.4 juta,” maklumnya.

Nombor Plat MALAYSIA 1 Bernilai RM1.1 Juta

Anthony Loke juga sebelum itu memberitahu nombor pendaftaran kenderaan Malaysia 1 telah mendapat bidaan tertinggi 1.1 juta.

Nombor tersebut telah menjadi milik Aldi International Sdn Bhd yang menduduki tempat pertama dalam bidaan.

Bidaan tersebut juga melibatkan nombor pendaftaran MALAYSIA 1 hingga MALAYSIA 999

Tarikh bidaan itu berlangsung pada 15 ogos 2018 dan telah mengumpul dana kerajaan sebanyak 13.6 juta.

Namun pada sidang media berkenaan hanya 10 nombor pendaftaran kenderaan yang mendapat bidaan tertinggi diumumkan.

Berikut adalah 10 nombor pendaftaran yang menerima bidaan paling tinggi untuk plat khas MALAYSIA.

MALAYSIA 1 (RM1.1 juta), MALAYSIA 8 (RM618,000), MALAYSIA 99 (RM501,500), MALAYSIA 2 (RM422,000), MALAYSIA 3 (RM223,000), MALAYSIA 5 (RM200,000), MALAYSIA 4 (RM162,000), MALAYSIA 9 (RM141,999), MALAYSIA 7 (RM123,000) dan MALAYSIA 18 (RM120,000).

Loke juga memberitahu nombor pendaftaran MALAYSIA 8055 mendapat bidaan paling ramai berikutan nombor itu membawa maksud Malaysia Boss.

Bagi nombor pendaftaran Malaysia 2020, kerajaan tidak bercadang membuka bidaan kerana merancang untuk meletakkan pada kenderaan Perdana Menteri.

Baca juga: Pengacara Majlis Tilawah Al-Quran tegur hadirin tak ada adab, ini yang penonton buat sampai buat naik darah