Menawar upah sebanyak RM500, ‘no sex’ tetapi pelakon wajib b*gel itulah antara kriteria studio filem lucah pertama di Malaysia.
Meskipun beroperasi di Malaysia, studio tersebut bercadang untuk merahsiakan pelakon-pelakonnya dan berjanji untuk tidak menyebut nama negara dalam filemnya.
Para pelakon juga diberikan pilihan untuk menggunakan nama gelaran palsu untuk melindungi privasi mereka.
Studio yang menghasilkan filem lucah itu juga dikatakan akan beroperasi di Kuala Lumpur.
Menurut individu yang mendakwa dirinya sebagai producer studio, penggambaran dijangka berlangsung antara tiga hingga lima jam, tanpa sebarang hubungan seks sebenar di antara pelakon-pelakon.
Walau bagaimanapun, pelakon-pelakon terbabit diwajibkan untuk bertelanjang dalam memainkan watak tersebut.
Filem akan diedarkan di pelbagai platform yang menjual kandungan video dewasa terutamanya menyasarkan penonton daripada luar negara selain akan dimuat naik di dalam laman sesawang milik studio tersebut.
Salah satu di platform OnlyFans, iaitu laman web yang menawarkan perkhidmatan langganan kandungan internet yang popular digunakan oleh pencipta kandungan dewasa tempatan dan antarabangsa.
“Kami masih dalam proses pra-produksi dan belum menjalankan penggambaran pertama kami. Kami mungkin menjadi studio filem lucah yang pertama dan tunggal di Malaysia setakat ini,” kata individu itu.
Individu dakwa wakil kepada studio filem lucah pertama dan juga mendakw dirinya mewakili sebuah studio filem lucah pertama dan yang tunggal di Malaysia.
Bayaran sebanyak RM500 bagi setiap penggambaran itu adalah amat tidak berbaloi dengan maruah yang harus tergadai kata netizen.
Tidak hanya itu, bayaran terbabit juga dianggap amat rendah jika dibandingkan dengan video berkenaan yang akan berada di dalam internet buat selama-lamanya.
Undang-undang di Malaysia berhubung kandungan filem atau video lucah
Untuk info, filem atau video lucah adalah haram di Malaysia. Pengedaran, penciptaan, dan penjualan kandungan dewasa itu merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah.
Menurut Sinar Daily, beberapa undang-undang yang boleh digunakan berkaitan dengan bahan lucah adalah seperti:
-Seksyen 292 Kanun Keseksaan (Memiliki bahan lucah)
-Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998
-Seksyen 5 hingga 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
Sekiranya anda menjadi mangsa filem/video lucah yang tersebar, anda boleh mendapatkan bantuan untuk mengeluarkan kandungan tersebut dari internet dengan menggunakan StopNCII.org. secara percuma.
Baca juga: Makan dengan nasi panas-panas ‘confirm’ menambah, tak susah pun buat perkasam daging ini rupanya