Filem ‘Siksa Neraka’ berjaya, Lucinta Luna menangis sambil bakar bikini

Akibat menonton filem seram berjudul Siksa Neraka, Lucinta Luna yang juga seorang personaliti media sosial sensasi dari Indonesia, memutuskan untuk kembali kepada fitrah asalnya sebagai seorang lelaki.

Suara melaporkan bahawa Lucinta juga dilaporkan telah membakar koleksi bikini miliknya dan bercadang untuk mendermakan sebahagian daripada barang peribadinya kepada badan amal.

Dia turut berhasrat mendermakan rambut palsu miliknya kepada pejuang-pejuang kanser.

“Manusia boleh berubah tanpa tahu bila masanya.

“Saya mahu mendermakan kesemua rambut palsu kepada orang yang memerlukan terutamanya pejuang pesakit kanser,” katanya.

Niatnya itu disambut baik oleh peminat yang rata-ratanya mendoakan personaliti media sosial itu tidak patah semangat.

Baca juga: Budak tadika buat kejutan! Beri jongkong emas pada ‘teman wanita’ bernilai RM69,197