‘First time buat terus jadi, sedap giler’-Sajat menangis netizen ajar buat kuih seri muka

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menangis dapat merasa kuih seri muka hasil daripada tunjuk ajar netizen yang dibuat secara live.

Itulah penangannya apabila Sajat duduk berjauhan daripada ibunya, bukan mudah nak dapat rasa makanan tradisional daripada Malaysia seperti kuih muih dan masakan lauk yang unik.

Kalau dah teringin tu, terpaksalah masak sendiri macam apa yang dilalui oleh usahawan kosmetik penuh kontroversi.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nur Sajat baru-baru ini ada mengadakan sesi live memasak kuih seri muka.

Ketika live berlangsung, Sajat dilihat memasak kuih tersebut dengan berpandukan tunjuk ajar netizen telah ditonton seramai 32,000 orang tau!

@_ajieha_

sampai menangis sajat bila dpt makan,benda yg dy teringin sgt & bila buat sndiri menjadi pulak#sajat #serimukapandan #fypシ゚viral #food

♬ original sound – J!eH∆ S∆N 🍣 – J!eH∆ S∆N 🍣

Sajat dilihat sebak dan menangis sambil mengucapkan terima kasih kepada netizen yang telah mengajarnya cara-cara memasak kuih itu.

Terima kasih you all ajar Sajat. Thank you so much! Sumpah sedap!

“Ini kan macam satu effort tau. Kita kan duduk jauh,” katanya sambil mengesat air mata.

Kata Sajat lagi, dia tak menyangka ini kali pertama dia membuat kuih tersebut dan ia menjadi serta rasanya sangat sedap.

“Dengan aku sekali menangis”

Netizen yang melihat video tersebut ikut sama sebak dengan situasi yang dialami Sajat dan ada yang mengagak bahawa usahawan ini sebenarnya rindu dengan Malaysia serta masakan ibunya.

Baca juga: Rezeki Abang Foodpanda mencurah-curah dia dapat pergi umrah percuma tapi dia…