Fizi Ali ‘meroyan’ bab anak di media sosial, Shakilla Khoriri malas mahu layan-“Biarlah dia”

Pelakon Shakilla Khoriri telah bersedia untuk menghadapi bekas suaminya, Fizi Ali yang mengemukakan tuntutan penjagaan anak mereka mahkamah pada bulan depan.

Shakilla Khoriri menyatakan bahawa pada masa ini, beliau telah dinasihatkan oleh peguam untuk tidak memberikan sebarang kenyataan balas terhadap segala tuduhan, termasuk dakwaan mengenai halangan untuk bertemu dengan Ameena.

“Minta maaf, saya tak boleh nak komen apa-apa berkenaan ‘posting’ dibuat Fizi. Tak mengapa, kami akan jumpa di mahkamah, insya-Allah bulan depan.

“Saya akan tunggu keputusan mahkamah dan peguam nasihat tak berikan apa-apa kenyataan lagi berkenaan isu ini,” katanya ketika dihubungi.

Menurut aktress berusia 34 tahun itu, sebenarnya penyampai radio dan pengacara tersebut sudah lama tidak menghubunginya sejak 11 November lalu.

“Dia pun tidak menghubungi atau Whatsapp saya sejak hari graduasi konsert akhir tahun Ameena tempoh hari.

“Kali terakhir dia telefon dan bagi mesej menerusi Whatsapp adalah pada Sabtu bertarikh 11 November lalu. Selepas itu dia terus ghaib,” ujarnya.

Fizi juga turut membuat dakwaan bahawa bekas isterinya itu tidak membenarkannya berjumpa dengan anak mereka.

“Biarlah dia nak cakap apa, tak mengapalah. Biarlah dia,” ulasnya ringkas.
Kemelut mengenai isu dihalang bertemu Ameena sekali lagi dibangkitkan pemilik nama sebenar Mohd. Hafizudin Alimudin, 34, itu pada Jumaat lalu.

Baca juga: Shila Amzah buat ‘bungalow tour’ untuk netizen, siap bagi pesanan pedas lagi -“Rumah besar bukan jaminan bahagia”