Fizi berang masih diganggu bekas isteri, hampir buka aib lama. Dia sudah hilang sabar dengan tindakan bekas isterinya itu tetapi tidak menjelaskan dengan lanjut apakah yang telah dilakukan oleh Shakilla.
Baru sahaja enam bulan bercerai secara baik, penyampai radio Suria FM, Fizi Ali hari ini dilihat ada meluahkan perasaan di beberapa hantaran Instagram Story miliknya terhadap bekas isteri, Shakilla Khoriri.
“Aku hormat sebelum ini sebab kau mak kepada anak aku dan kita pernah bersama. Kau semakin lama semakin melampau,” luah Fizi lagi, apa yang berlaku telah memberi kesan buruk kepada hidupnya sehingga ke tahap ‘jahanam’.
Aku tak nak buka mulut sebab nak menjaga aib kau. Hidup aku dah jahanam sekarang, aku hilang semua benda. Semua benda disebabkan kau. Tak sedar lagikah?
Terdahulu, pasangan ini telah mengumumkan perkahwinan yang dibina pada 18 Februari 2018 berakhir dengan penceraian pada Desember tahun lalu.
Baca Juga: Sarimah bakal jalani pembedahan tulang kaki sebab selalu pakai kasut tumit tinggi
Baca Juga: Syahmi perjelas kenapa filem arahan keduanya tak masuk pawagam macam Mael Totey