“Free show je ni”, tandas di hotel Cameron Highland hanya pakai kaca lutsinar, nampak dari luar

Semalam tular di twitter mengenai tandas lutsinar nampak dari luar hotel di Cameron Highland. Hotel yang terletak di kawasan pasar malam utama Cameron itu menjadi perbualan netizen.

Perkara tersebut dikongsikan oleh X @mynewshub yang memaparkan bilik air hotel berkenaan dengan berkonsepkan cermin lut cahaya secara jelas memperlihatkan susuk orang dalam tandas.

Bayangkan keluarga anda sendiri yang menginap di hotel tersebut, pastinya kita berasa malu dengan keadaan tersebut.

Menurut sumber asal hantaran itu, Lieza Wati mendakwa bahawa penghuni inap desa terbabit berkemungkinan tidak menyedari perkara itu kerana pantulan dalam bilik air tersebut tidak sama jika dilihat dari luar.

Tandas

“Kesian mungkin dari dalam cermin tu gelap tapi dari luar sangat jelas. Bukan satu tapi tiga apartmen yang kami nampak, tengok dekat beranda pakai tudung semua. Puas tutup aurat tapi terbuka tanpa sedar,” katanya.

Susulan kejadian tersebut, beberapa warga maya turut menceritakan pengalaman mereka ketika menghadapi situasi seperti itu.

Mrz Azlan menulis di ruangan komen “Baru saja duduk dekat situ minggu lepas, betul-betul bawah pasar malam, tapi bilik air dia memang dia letak sticker ala-ala shade kereta tu,”

“Jadi tontonan orang dekat bawah, kesian tuan badan, tak kan dah 2024 hal yang sama masih berlaku, tiada perubahan,” kata seorang lagi netizen.

“Dah berzaman free show, tak pasal-pasal dapat dosa kering,” kata Rexy.

Baca: Ira Kazar buat comeback! Dipuji netizen makin cantik, keluarga pula minta doakan cepat ada ‘isi’