Gadis ini menangis gagal permohonan KPM, netizen titip kata-kata semangat

Lumrah selepas selesai SPM ramai calon yang akan membuat permohonan masuk ke universiti dan kolej yang mereka idamkan. Dapat diterima menyambung pelajaran di tempat yang diidamkan memang impian setiap orang.

Siapa yang tidak gembira jika medapat tawaran ke sesuatu tempat namun, ramai juga yang permohonan mereka ditolak.

Seorang gadis telah berkongsi di TikTok ketika dia dan bapanya mahu menyemak keputusan permohonannya ke KPM. Dalam video tersebut, dia mulakan dengan Bismillah dan jelas kelihatan dia sangat teruja untuk menyemak keputusan tersebut.

Namun, sangat menghampakan apabila terpapar di skrin yang permohonannya telah gagal. Dia yang tidak mampu menahan sebak, menangis dengan keputusan tersebut sambil ditenangkan oleh bapanya.

@miyossss yang baik akan tiba pada waktunya πŸ’ͺ🏻❀️ #kpm ♬ bunyi asal – π“Άπ“Ύπ“Όπ“²π“¬π“΅π”‚π“»π“²π“¬π“Όβœ¨

Rata-rata warganet turut merasa sebak dan memberikan kata-kata semangat untuk gadis tersebut agar jangan berputus asa dan teruskan berusaha mengejar cita-cita. Ada juga yang memberitahunya untuk cuba memohon sekali lagi apabila rayuan dibuka.

Baca juga: β€˜Level TMJ je boleh makan’ – Sebiji dah cecah RM1,157, kalau segugus berapa? Ini anggur paling mahal di dunia