Gadis maut lepas minum racun, ingat teman lelaki bunuh diri sebab merajuk

  • Post author:

Gadis maut lepas minum racun, ingat teman lelaki bunuh diri sebab merajuk. Gadis yang berasal dari India itu bunuh diri dek kerana pertengkaran tidak mahu angkat video call sahaja.

Insiden mengejutkan itu berlaku di Bareilly, Uttar Pradesh selepas remaja berusia 17 tahun itu menyangkakan teman lelakinya merajuk selepas mereka bertengkar.

Berdasarkan laporan TOI, kejadian berkenaan berlaku apabila teman lelakinya yang berusia 22 tahun itu meminta gadis terbabit membuat panggilan video, namun remaja perempuan itu tidak mahu mengakibatkan tercetusnya pertengkaran sehingga lelaki itu mengancam terjun di hadapan kereta api.

Minum racun lepas 40 kali panggilan tak diangkat

Selepas cuba membuat 40 kali panggilan, gadis terbabit panik dan tanpa berfikir panjang, dia sanggup meminum racun selepas bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada teman lelakinya itu.

Gadis itu dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, namun dilaporkan meninggal dunia.

Sementara itu, keluarga gadis itu membuat laporan polis terhadap lelaki berkenaan yang kini melarikan diri.

Pegawai polis tempatan, Ravindra Kumar mengesahkan bahawa kertas siasatan dibuka dan pihaknya sedang memburunya.

Jika sabit kesalahan, lelaki berkenaan berdepan dakwaan mengikut Seksyen 506 (ugutan jenayah) dan 306 (bersubahat untuk membunuh diri).

Baca Juga: Mayat lelaki warga emas ditemui tergantung dalam perigi

Baca Juga: Selepas subsidi dimansuh, kumpulan M40 dan PKS tidak dapat sebarang bantuan