Gaji dah macam kerja korporat, kedai makan ini tawar gaji RM11,000 sebulan buat netizen terkedu

Sebuah restoran makanan korea di Singapura tular selepas menawarkan gaji pekerja bermula dari SGD$2,750  (RM9,449) hingga SGD$3,300 (RM11,339), lapor laman berita NDTV semalam.

Pekerja separuh masa akan diberikan tawaran gaji sebanyak SGD$10 (RM34) hingga SGD$15 (RM51) setiap jam, sementara pekerja tetap pula menerima gaji antara SGD$2,750 hingga SGD$3,300 sebulan.

Pekerja juga akan mendapatkan pelbagai faedah tambahan termasuk elaun, kenaikan gaji tahunan, cuti, faedah perubatan dan kesihatan, bonus dua kali setahun, perlindungan insurans, dan sokongan kewangan untuk mengikuti kursus lanjutan.

Iklan pekerjaan itu mendapat reaksi dari netizen yang berpendapat gaji sebegitu hanya akan didapati di sektor korporat.

Namun ada juga yang mendakwa kos sara hidup di Singapura tinggi jadi gaji yang ditawarkan adalah berpatutan.

“Inilah contoh majikan yang bagus dan mengambil berat pekerja,” kata seorang pengguna media sosial.

“Gaji ini  lebih tinggi daripada bekerja dalam sektor korporat,” kata netizen lain. 

Baca juga: Ini rupanya cara mudah halau semut hurung gula, memang berkesan