Gaji lebih RM15,000 sebulan dia bagi kepada mak ayah dia bagi RM4k sebulan, tapi isteri ni penat cuma bagi RM500 itu pun kongsi dengan ibu ayah aku.
Aku jadi hairan, kalau dulu perbelanjaan lebih sebanya tinggal berjauhan dengan suami tapi kini aku diberhentikan atas alasan syarikat telah rugi.
Jadi aku rasa semakin baiklah ekonomi keluarga kerana aku tidak bekerja, dengan anak lelaki 4 tahun dan sekarang sedang mengandung 2 bulan.
Tujuannya di sini hanyalah untuk meluahkan perasaan saya kerana saya tiada tempat untuk mengadu.
Sebelum ini saya duduk berjauhan dengan suami tetapi selepas diberhentikan saya berpindah untuk duduk bersama dengan suami saya.
Saya ingatkan selepas duduk dengan suami kurang la sikit bebanan saya. Rupanya tidak.
Dari mengemas rumah, basuh baju, masak, urus anak, buang sampah, beli barang dapur dan sekecil kecil hal pun semua saya yang uruskan sendirian.
Pendek kata tak ada beza pun ketika saya duduk sendirian dengan anak saya. Lebih baik saya duduk sendiri dengan anak saya.
Saya penat tapi saya malas nak cakap dengan suami saya. Sebabnya suami saya bila balik dari kerja mata dia tak lekang dari fon.
Cakap pun kena ulang banyak kali. Jadi saya malas nak buang tenaga saya. Saya kesian dekat anak saya.
Bila ayah dia balik dia akan buat macam macam untuk tarik perhatian ayah dia tapi ayah dia masih matanya dekat fon. Budak bila tak dapat perhatian, dia akan menangis ataupun akan memberontak.
Tau pula suami saya mengamuk bila anak saya menangis. Dia kata dia penat. Saya faham dia pun penat tapi saya pun penat sama.
Saya buat kerja rumah dari pagi sampai ke malam sendirian. Suami saya selalunya akan pulang sampai lewat malam setiap hari dan dia tak ada off day.
Jadi bayangkan saya terpaksa gagahkan diri buat semua benda dari Isnin sampai Ahad seorang diri.
Kalau lauk habis saya terpaksa bawa sekali anak saya pergi beli barang dapur. Sebelah pegang tangan dia sebelah lagi pegang beg barang.
Satu hari saya mengadu dengan suami saya yang saya penat dengan anak anak jiran yang setiap hari akan datang bermain di rumah saya.
Budak biasalah main sepahkan mainan berebut mainan. Kalau saya tidak mengandung mungkin saya larat untuk kemas rumah setiap hari.
Saya harapkan untuk suami saya sabarkan saya atau cakap la apa apa bagi penat saya hilang.
Tapi tak. Dia suruh saya berfikir balik. Mungkin mak budak budak tu nak berehat jadi dia hantar anak anak dia bermain di rumah saya.
Dia suruh saya fahamkan situasi jiran saya. Saya jadi terkedu. Suami jiran saya tu 24/7 wfh. Saya malas nak gaduh jadi saya diamkan diri dan bawa diri tidur walaupun saya sedih sangat.
Saya jadi lagi sedih bila saya ternampak whatsapp suami saya dengan mak dia.
Rupanya selama ni setiap bulan dia bagi allowance dekat mak dia 3-4k sebulan sedangkan saya cuma 500 sebulan.
Itupun saya kena berjimat cermat sebab saya kena berkongsi duit tu dengan mak ayah saya.
Dulu waktu saya bekerja bolehla juga saya tolong lebih sikit mak ayah saya.
Suami saya adik beradik dia semua dah bekerja dan belum berkahwin dan mereka masih tinggal bersama dengan mak ayah mertua saya.
Setiap bulan mereka akan bagi duit belanja kepada mak ayah mertua saya juga.
Saya faham suami saya nak balas jasa tapi kenapa dia tak adil. Kadang kadang duit 500 tu saya guna juga untuk beli barang rumah ataupun anak saya. Suami saya gaji nya melebihi 15k sebulan dan saya tau dia memang lebih dari mampu.
Soal hospital bersalin pula, musim c0vid ni saya nak bersalin di swasta sebab saya nak suami saya masuk sekali dalam LR tengok macam mana siksanya untuk keluarkan seorang zuriat.
Tapi suami saya taknak. Dia suruh saya bersalin di government sahaja. Dulu waktu saya bersalinkan anak sulung saya pun suami saya tak ada temankan atas urusan kerja. Dan mak mertua saya pesan dekat saya jangan kacau anak dia bekerja.
Saya menahan sakit contraction seorang diri sambil menangis. Saya keseorangan di LR ditemani nurses dan doc. Anak saya pun orang lain yang azankan.
Dah 4 tahun berlalu tapi setiap kali terkenangkan detik tu mesti saya menangis. Saya dah pernah ceritakan hal ni kepada suami saya.
Kalau dah orang lain pun dia suruh saya utamakan dulu apetah lagi mak dia. Dia cuma cakap mak dia taknak bagi dia risau.
Saya yang bersalin sorang tapi suami saya pula yang orang suruh jangan risau. Kadang kadang saya penat dengan semua ni.
Tolong doakan urusan bersalin anak kedua saya dipermudahkan. Biar la ayah dia tak nak temankan. Saya akan sentiasa temani anak anak saya.
Dan tolong doakan saya dapat kerja secepat mungkin supaya saya dapat hidup bertiga dengan anak anak saya sahaja.
Sebab saya sebenarnya dah terlalu banyak makan hati dengan suami saya dan keluarga dia.
Kepada suami di luar sana, tolong hargai isteri anda. Kalau anda penat, isteri anda lagi penat tapi kami masih tetap gagah untuk uruskan keluarga.
Kami tak minta gelang emas kereta porsche dan sebagainya tapi cukupla dengan membantu kami di rumah.
Tanya apa yang perlu ditolong. Tanya bagaimana hari kami. Letakkan fon bila kami bercakap dengan anda.
Hargai isteri anda. Mungkin hari ini isteri anda masih lagi mampu untuk bertahan tapi esok lusa tak tahu.
Jangan tunggu sampai isteri anda sudah tidak mahu ambil kisah tentang diri anda. Jangan tunggu sehingga isteri anda merasakan dirinya sebagai pembantu rumah sahaja dan bukan sebagai teman sehidup anda.
Tolong doakan saya kuat. Terima kasih…
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.
Baca juga: Mentol zaman kini 5 tahun tukar baru, t