Datuk Fauziah Nawi yang dahulu pernah terlibat dalam bidang penyiaran radio, mendedahkan bahawa pendapatan penyampai radio swasta zaman kini boleh mencapai angka RM150,000 sebulan.
Fauziah turut mendakwa ia tidak termasuk dengan mereka yang bekerja dengan radio kerajaan kerana pendapatan mereka tidak sama malahan ia lebih rendah.
“Ada yang RM150,000 sebulan. Ada juga yang lebih.
“RM5,000 hingga RM40,000 itu biasa untuk sesebuah radio swasta. Radio kerajaan yang paling rendah,” ujarnya dalam ruangan komen Facebook.
Sebagai juruhebah atau penyampai radio, Fauziah pernah mengendalikan program radio seperti Radio 4 – Selamat Pagi Malaysia, Morning Show, Your Host, Non Stop Music and Before We Say Goodnite, Radio 3 Ibu Kota – Fascinating Malaysia, dan Radio 1 – Manis-Manis Garam.
Terdahulu, penyampai radio popular Tyzo, 48 tahun menjadi perbualan hangat selepas kontraknya di Suria FM tamat dengan tiba-tiba.
Rentetan dari kisah itu, ramai deejay popular yang berkongsi pengalaman mereka dalam bidang penyiaran radio seperti Linda Onn, Azrul Zaidi.