Gaji RM11,000 sebulan bonus pula dua kali setahun bukan setakat itu sahaja bahkan ada elaun lain dan kenaikan gaji tahunan, hebatkan sesiapa dapat kerja yang ditawarkan oleh sebuah restoran.
Selain gaji amat berpatutan, restoran di namakan Ajumma itu turut menawarkan insentif lain antaranya cuti, faedah perubatan dan kesihatan, perlindungan insurans serta tajaan melanjutkan kursus pekerja.
Berbaloi dengan pendapatan sebegitu walaupun kos sara hidup tinggi di Singapura menyebabkan gaji ditawarkan itu berpatutan.
Sebuah restoran makanan Korea di Singapura menggamit perhatian susulan iklan kekosongan jawatan sebagai pekerja yang menawarkan gaji bulanan bermula dari SGD$2,750 (RM9,449) hingga SGD$3,300 (RM11,339), lapor laman berita NDTV semalam.
Pekerja separuh masa ditawarkan gaji sebanyak SGD$10(RM34) hingga SGD$15(RM51) sejam, manakala pekerja tetap dibayar gaji SGD$2,750 hingga SGD$3,300 sebulan.
Iklan kerja itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen dengan ada berpendapat bahawa gaji yang ditawarkan lebih tinggi daripada pekerjaan dalam sektor korporat.
“Inilah contoh majikan yang bagus dan mengamgbil berat pekerja,” kata seorang pengguna media sosial.
“Gaji ini lebih tinggi daripada bekerja dalam sektor korporat,” kata netizen lain.
Baca juga: Monyet selalu sangat usik tanaman dan rumah anda, guna dua bahan ini je confirm monyet lari