Kaki ayam biasanya orang tak makan tapi kaki ayam merupakan makanan yang sedap jika kena pada cara masakannya, bahkan ia cukup terkenal dengan colagen yang asli.
Tahukah anda jururasa kaki ayam ditawarkan gaji sebulan sebanyak RM13,000, kalau di Malaysia sudah lama ianya diisi kerana merasai kaki ayam sangat sedap.
Tapi iklan itu hanya ada di syarikat di China telah menjadi bualan ramai selepas menawarkan gaji yang lumayan untuk jawatan tersebut, lapor The Thaiger.
Syarikat makanan itu ingin merekrut pekerja bagi merasai pelbagai jenis perisa hidangan kaki ayam.
Difahamkan, calon yang terpilih dikehendaki untuk makan kaki ayam semasa sarapan pagi dan makan tengah hari. Pekerjaan itu akan dibayar dengan gaji yang lumayan iaitu antara 15,000 hinggan 20,000 yuan (RM9,700 hingga RM13,000).
Syarikat itu juga tidak menetap sebarang kriteria seperti had umur atau jantina yang boleh memohon jawatan berkenaan.
Tetapi calon mestilah memiliki pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun dan ada kepakaran khas berkaitan juadah kaki ayam.
Namun begitu, mereka yang tidak suka makan kaki ayam atau makanan pedas tidak digalakkan memohon.
Tukang rasa juadah kaki ayam, gaji RM13,000
Dalam pada itu, pemohon yang memiliki kelayakan tertentu seperti keupayaan untuk menerangkan tekstur dan rasa kaki ayam dengan jelas akan diberi keutamaan.
Selain itu, kriteria lain seperti menjadi penonton rancangan Chinese Food Ocharos, boleh berbahasa Cina Standard dan memiliki personaliti ektrovert juga akan diberi keutamaan.
Iklan yang ditawarkan itu turut disahkan oleh wakil Bahagian Sumber Manusia syarikat berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Wu.
Sehingga kini, syarikat itu dikatakan telah menerima hampir 2,000 resume dan telah menyenarai pendek empat calon terakhir yang berkelayakan.
Baca juga: Bahaya bubuh paracetamol untuk lembutkan daging, ini penjelasan doktor