Gaji RM14.7 juta seminggu, minta kereta mewah, tiga sauna dan jet peribadi-Pemain Brazil berhijrah ke Arab Saudi

Hebat. Bekas pemain Barcelona melengkapkan perpindahan ke Al-Hilal Arag Saudi dengan kontrak dua tahun yang akan menyaksikannya meraih gaji mega £2.5 juta (RM14.7 juta) seminggu.

Pemain Brazil itu juga tidak syak lagi antara bintang terbesar untuk berpindah ke Arab Saudi pada musim panas kali ini di samping Karim Benzema.

Bagaimanapun, Neymar, 32, dia tidak didapati dengan harga murah ketika Al-Hilal membayar majikan terdahulunya Paris Saint-Germain £78 juta (RM459.4 juta) selain memberikan Neymar gaji lumayan.

Difahamkan juga dia meminta pemilik Al-Hilal tiga kereta mewah untuk dirinya sendiri dan buat ahli keluarga serta pengiringnya empat Mercedes G Wagons dan satu van Mercedes dengan juga seorang pemandu

Bahkan dia meminta pemandu itu supaya bersedia 24 jam setiap hari sepanjang tahun buat dirinya, rakan-rakan dan ahli keluarga.

Kereta mewah itu termasuk Bentley Continental GP, Aston Martin DBX dan Lamborghini Huracan, yang jika digabung bernilai kira-kira £510,000 (RM3 juta).

Buak itu sahaja malahan di rumah, Neymar meminta peti aisnya dipenuhi sepanjang masa dengan minuman jus Acai daripada jenama kegemarannya selain minuman Guarana untuk rakan dan keluarganya.

Dia turut meminta tiga sauna dibina di rumahnya selain lima pekerja sepenuh masa, termasuk cef sos bagi membantu cef peribadinya dari Brazil serta dua orang bagi kerja pembersihan.

Semua kos penginapannya di hotel, Neyma meminta restoran dan bandar yang mungkin dilawatinya pada hari tiada perlawanan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik Al-Hilal.

Didedahkan juga terma peribadinya bersama kelab itu termasuk menggunakan jet peribadi bila mana dia atau keluarganya memerlukan untuk bercuti.

Dia juga mahukan kolam renang di rumahnya dengan ukuran khusus sekurang-kurangnya 10 meter lebar dan 40m panjang.

Manakala rumah itu perlu minimum 25 bilik jadi rakan-rakannya, keluarga, pengiring serta pembantunya boleh tinggal bersamanya.

Baca juga: Perasan tak kedai gunting ada tiang lampu merah, putih, biru rupanya ada kisah disebalik makna lampu