Gaji RM2,000 pun kena ‘racun’ beli Honda, parodi pemuda ini menghiburkan

Seorang pemuda berlakon seperti seorang jurujual yang sedang menabur ‘racun’ kepada individu bergaji RM2,000 supaya membeli kereta jenama Honda.

Video parodi itu menarik perhatian dan menghiburkan warganet memandangkan terang-terang jumlah pendapatan sebegitu tidak layak memiliki ‘H’.

Dalam masa sama, ‘content’ itu juga sebenarnya menjentik pengguna terutamanya anak muda agar mengukur baju di badan sendiri terlebih dahulu.

TikTokers, Adzim Hariz dalam video itu juga siap ‘belanja’ gaya buat bunyi guna tangan menggambarkan ‘H’ yang berdesup apabila dipandu di jalan raya.

“Gaji RM2,000, lepas beli Honda, Rebate boleh bagi RM5,000 tapi hari ni lah.

“Bulanan RM1,000. Minyak RM300 sebulan je dah lepas,” katanya yang berlakon sebagai ‘salesman’.

Walau bagaimanapun, dalam masa sama dia memberitahu bakal ‘customer’ itu bahawa ‘free gift’ tak boleh adjust sebab memang dah murah.

Adzim akhirnya beberapa kali buat gaya bunyi kereta berdesup pakai tangan yang biasanya budak sekolah rendah lakukan.

Rata-rata warganet terhibur dengan perkongsian tersebut selain menyedari mesej yang cuba disampaikan.

“Kalau macam itulah bunyi ‘H’, takpalah, esok saya datang balik.

“RM2,000 gaji kasar, tolak KWSP, Socso tinggal RM1,700. Kereta RM1,000, minyak RM300. Sewa ‘reban’ (bilik sewa) RM100, okay la. Ada lagi 300 tinggal.

“Realitinya gaji RM2,000 nak mohon Myvi pun tak lepas sekarang ni, apa lagi Honda,” demikian antara usikan netizen.

BACA JUGA KWSP bayar RM500 untuk umur 40 tahun hingga 55 tahun dengan syarat…