Galak curi angpao majikan dalam diam, amah ‘terkantoi’ bila boss perasan dalam video tiktok

Seorang pembantu rumah Singapura dipenjara tiga bulan susulan tindakannya mencuri sampul wang berisi 7,000 dolar Singapura milik majikannya.

Perbuatan Nurfiyawati terbongkar apabila majikannya, Sim Yuan San, menemui akaun TikTok wanita tersebut dan melihat dalam video yang dimuat naik oleh pembantu rumahnya dan menyedari sekeping sampul wang diberikan oleh bapa mentuanya.

Dia kemudiannya terus memeriksa bilik pembantunya dan menemui beberapa sampul duit yang telah kosong.

Setelah disoal, Nurfiyawati mengakui mencuri sekurang-kurangnya 7,000 dolar Singapura (bersamaan dengan kira-kira RM24,008) daripada majikannya, dengan sebahagian besar wang tersebut dihantar ke Indonesia.

Difahamkan Nurfiyawati telah bekerja bersama Sim sejak Januari tahun lepas. Tugas-tugasnya merangkumi membersihkan, memasak, dan menjaga anak lelaki majikannya yang berusia empat tahun.

Semasa keluarga majikannya bercuti di Korea Selatan pada bulan Mei tahun lepas, Nurfiyawati mengambil kesempatan untuk menggeledah bilik Sim.

Dia menjumpai sebuah kotak yang berisi kira-kira 50 hingga 60 sampul merah. Setiap sampul merah mengandungi jumlah wang antara 10 dolar Singapura (kira-kira RM34.30) dan 400 dolar Singapura (kira-kira RM1,372).

Dia mengambil dua paket sampul itu dan menyimpan wang berkenaan, kata pegawai pendakwa negeri Lam Peng Choy.

Menurut pendakwa raya, Nurfiyawati melakukan perbuatan itu sekurang-kurangnya 32 kali antara Mei dan 21 Ogos tahun lalu, serta berterusan mencuri dua paket sampul merah berisi wang setiap minggu dari kotak sama, kata pendakwa raya.

Baca juga: Tiga alasan suami selalu bagi untuk berpoligami, take note para isteri