Hamil sememangnya perkara yang sangat ditunggu-tunggu oleh para wanita yang sudah berkahwin.
Dan ia pastinya menimbulkan kegembiraan buat pasangan yang sekian lama menunggu rezeki anak hingga bertahun-tahun.
Sama seperti seorang pempengaruh Kieda Crepe atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra yang mendedahkan dirinya hamil namun telah gugur setelah kandungan berusia 10 minggu.
Ramai yang mendakwa dirinya berkongsikan perkara itu terlalu awal hingga menyebabkan anak tersebut diambil Allah kerana pelbagai sebab.
Namun, buat para wanita tahukah anda ada dua perkara yang menjadikan gambar janin itu sebenarnya adalah haram untuk dipertontonkan kepada khayalak ramai?
Ia menjadi haram kerana boleh mendatangkan fitnah serta menaikkan nafsu syahwat buat yang melihat gambar tersebut.
Secara zahirnya, maksud nama janin adalah tersembunyi dan ia selayaknya disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai.
Baca juga: Geli tengok senduk kayu masih ada sisa makanan, ini rupanya tips rahsia yang anda kena tahu