SEBELUM ini tular di media sosial gambar-gambar pegawai kanan polis melancong ke luar negara yang dikatakan mendapat tajaan dari sindiket jenayah termasuk Macau Scam.
Perkara itu kini sedang disiasat oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
JIPS Bukit Aman dilapor akan menjalankan siasatan untuk mendapatkan bukti-bukti sekiranya individu terbabit ada membuat lawatan ke luar negara seperti yang didakwa.
Selain itu, siasatan akan dijalankan juga untuk menyiasat siapakah yang menaja lawatan individu berkenaan ke luar negara.
Perkara itu disahkan oleh Pengarah JIPS, Datuk Zamri Yahya. Menurutnya, jika individu berkenaan pergi dengan perbelanjaan sendiri, maka mereka perlu menunjukkan bukti-bukti berkaitan.
“Jika ditaja oleh sindiket, maka ia adalah satu kesalahan dan akan dikenakan tindakan tatatertib,” katanya seperti yang dipertik oleh Sinar Harian.
Media sebelum ini pernah melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun melancong ke Istanbul Turki mendapat tajaan dari syarikat judi da Ma Cai.
Perkara itu didedahkan oleh Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng.
“Ini sesuatu yang saya tidak tahu langsung. Ini tidak diluluskan oleh MOF (Kementerian Kewangan). Ini diluluskan sendiri oleh Totalisator Board.”
“Sumbernya bukan daripada MOF. Sumbernya datang daripada Da Ma Cai, sebuah syarikat nombor ramalan. Jadi dia tak dapat satu sen satu kupang daripada kami,” katanya kepada wartawan di Putrajaya.
Sumber — https://www.milosuam.net/2020/10/gambar-tular-pegawai-polis-melancong-ke.html#axzz6c9odjJot