Ganggu ketenteraman awam, Kuwait haramkan Barbie dari ditayangkan

Filem komedi bertemakan anak patung popular di seluruh dunia, Barbie dilaporkan diharamkan tayangannya di Lebanon, Kuwait atas dasar etika awam kata pegawainya.

Mereka juga mengharamkan tayangan Talk To Me yang memaparkan lakonan seorang transgender.

Ketua Jawatankuasa Penapisan Pawagam Kuwait, Lafy Al-Subei’e, memberitahu agensi berita rasmi KUNA bahawa filem Barbie dan Talk to Me didapati menyebarkan idea dan kepercayaan asing kepada masyarakat dan ketenteraman awam Kuwait.

Negara-negara Teluk termasuk Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, dan Arab Saudi mengharamkan homoseks secara rutin dan menjalankan penapisan terhadap filem yang mengandungi rujukan tentang golongan lesbian, gay, biseksual, transgender, dan pelik (LGBTQ).

Namun demikian, filem Barbie yang mencatat kutipan tiket lebih daripada AS$1 bilion (RM4.59 bilion) di seluruh dunia kini sedang ditayangkan di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan Bahrain. – AFP

Baca juga: Pelik! Lelaki curi puting dari bayi ini menjadi buruan polis