Nasi putih kosong di Kelantan dijual sebungkus RM4, “mentang-mentang harga beras naik..”

Baru-baru ini tular video di TikTok lalu mengejutkan orang ramai nasi putih yang dijual di Kota Bharu berharga RM4 sebungkus.

Video Cikgu Jamie turut mendedahkan nasi kosong yang sedikit sahaja berharga RM4 dan ditambah pula dengan ayam goreng seketul berharga RM6 menjadikan ia RM10.

“Mujurnya tok rebah masa gi beli nasi kosong di kedai Kota Baharu Bandaraya Islam, nasi saja RM4 lepas tu tambah ayam seketul jadilah RM6 total semuanya adalah RM10.

“Mujur tok rebah ketar kenaling dengan harga nasi,” kata Cikgu Jamie dengan loghat Kelantannya.

Katanya, semua sedia maklum barang naik harga tapi takkan nasi sebungkus macam tu sekali. Situasi ini bukan salah kerajaan, peniaga naik sesuka hati.

“Bunyi barang naik harga pakat cepat-cepat naik harga, bila tiba barang turun harga dia buat tak tahu, bukannya nak turunkan harga,”katanya.

Malah katanya beliau dihubungi oleh KPDNHKK minta alamat kedai dan maklumat kedai tersebut.

“Pertamanya ramai yang tanya cikgu pasal resit, kita pergi beli nasi belauk di Kota Bharu biasanya tak ada resit…lainlah kita minta resit dia bagilah, kalau kita gi beli nasi belauk saja-saja memang dia tak bagi resit.

“Dan sebab apa tidak bagi tahu makumat kedai tempat saya beli nasi…sebabnya saya tidak suka kacau periuk nasi orang.

“Kan sikit-sikit viral, tak suka macam tu sebabnya nak niaga sama Melayu sama Islam kita…buat video ni biar mari peringatan buat kita semua,”katanya.

Baca juga: TikTok Shop tutup, adakah Malaysia ikut langkah Indonesia? Ini penjelasan menteri