Gara-gara berebut parkir kereta, bekas tentera bunuh pasangan suami isteri. Lelaki tersebut dijatuhi hukuuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimun 38 tahun
Menurut News Sky, suspek yang berusia 35 tahun itu didapati bersalah atas tuduhan membunuh dua jirannya, Stephen and Jennifer Chapple menggunakan keris istiadat ketenteraan miliknya pada November tahun lalu.
Difahamkan, pembunuhan itu berlaku kerana perselisihan faham antara suspak dan mangsa berhubung parkir kereta di kawasan rumah mereka di Norton Fitzwarren, Somerset.
Lompat pagar sebelum pecah masuk dan bunuh pasangan terbabit
Menurut sumber, ketika kejadian, anak-anak pasangan suami isteri itu sedang tidur. Semasa perbicaraan, tertuduh dikatakan telah melompat pagar untuk mendapatkan akses ke rumah mangsa sebelum berlakunya insiden tragis itu.
Selepas berjaya memasuki rumah tersebut, suspek bertindak menikam mangsa sebanyak enam kali di bahagian dada dan bahu. Suspek kemudian menghubungi talian kecemasan dan mengaku telah menikam pasangan suami isteri itu.
“Saya berpusing-pusing sambil memegang pisau dan saya telah menikam mereka berdua,” kata suspek.
Biarkan emosi pengaruhi diri
Menurut sumber, sejam sebelum dia menikam pasangan tersebut, isterinya telah meminta untuk bercerai.
Bukan itu sahaja, 10 hari sebelum pembunuhan itu berlaku, suspek dan jirannya itu dikatakan ada bertengkar dan dalam pertengkaran tersebut, masing-masing telah menggunakan kata-kata kesat.
Dua pakar psikiatri forensik mendapati suspek tidak mengalami sebarang psikosis atau gangguan tekanan tetapi hanya didiagnosis kemurungan ringan hingga sederhana.
Pada 17 Jun 2022 lalu, tertuduh didapati bersalah kerana membunuh dan bakal dipenjara seumur hidup dengan tempoh minimum 38 tahun.
Baca Juga: Wanita rekod lelaki miang cuba meraba kakinya dalam kereta api, tak tahu malu betul!
Baca Juga: PH beri masa 24 jam kepada kerajaan tangani isu subsidi, kos sara hidup rakyat