Gara-gara berselisihan faham, lelaki gilis teman wanita hingga mati

Hanya sebab berselisihan faham, lelaki di China sanggup menggilis teman wanita menggunakan kereta sehingga tidak lagi bernyawa.

Insiden itu berlaku di Tangshan, Hebei bandar yang sama di mana seorang wanita diserang dengan kejam oleh sekumpulan lelaki pada bulan Jun lapor Mothership.

Video yang tular di media sosial menunjukkan kereta itu melanggar mangsa beberapa kali hingga terbaring di atas jalan.

Kereta itu dilihat membuat pusingan untuk menggilis wanita itu apabila dia sudah terbaring di atas tanah.

Polis memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi merungkai punca kejadian.

Menurut polis tempatan, mereka menerima laporan pada 2 Ogos pada 11:53 pagi (waktu tempatan) tentang seorang lelaki merempuh seorang wanita dengan keretanya di sekitar kolam renang.

Pegawai telah dihantar ke tempat kejadian dan siasatan awal mendapati lelaki itu berbuat demikian selepas berselisih faham dengan wanita itu.

Wanita yang hanya dikenali dengan nama keluarga Wang, telah dihantar ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya.

Suspek larikan diri namun berjaya ditangkap

Lelaki itu melarikan diri dari tempat kejadian tetapi ditahan pada hari yang sama kira-kira pukul 3 petang.

Menerusi rakaman video oleh saksi, kereta yang digunakan kelihatan seperti kenderaan utiliti sukan jenama Jeep. –

Baca Juga: Tidak serik ditahan polis, warga emas tabur duit hasil mengemis kepada penyanyi dangdut

Baca Juga: Guru cedera di mata kiri selepas dipukul pelajar Tingkatan Tiga