Gara-gara bos bayar gaji kecil, pekerja ambil keputusan pindah terus ke pejabat

Agaknya tidak tahan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan gaji pula rendah, seorang pemuda Amerika Syarikat (AS) mengambil keputusan drastik keluar dari rumah sewa dan berpindah terus ke pejabat tempat dia bekerja.

Memetik laporan India.com, pemuda berkenaan mendakwa tidak mampu menyewa di apartmen ekoran jumlah pendapatannya yang agak keciil menyebabkan dia secara senyap-senyap berpindah terus ke pejabat.

Baru-baru ini dia merakam keadaan tempat tinggalnya di pejabat. Video berkenaan dimuatnaik di TikTok dan tular lebih dari 12 juta kali.

Dapat dilihat, dia sememangnya menyimpan makanan dan baju-baju di pejabatnya.

“Jom tengok apartment baru saya. Saya berpindah dari apartmen lama ke pejabat. Mereka (majikan) tidak membayar gaji yang cukup kepada saya. Jadi sebagai tanda protes, saya akan tinggal di tempat kerja saya. Kita akan lihat berapa lama saya boleh bertahan dengan cara ini,” katanya.

Dia juga yakin tidak akan ‘kantoi’ kerana kebiasaannya di pejabat yang besar tiada CCTV ditelakkan di setiap kubikel pekerja.

Tapi kantoi juga sebab video viral

Selepas empat hari meneruskan ‘kegiatan haram’ tinggal di pejabat tanpa kebenaran, dia telah dihalau keluar dari pejabatnya dan dilarang untuk tidur di sana lagi.

Menurut pemuda berkenaan, dia dihalau pada hari keempat oleh pihak HR yang turut meminta dia memadam semua video-video yang dimuatnaik di TikTok.

“Yo, nampaknya perkara ini berlaku lebih cepat dari apa yang saya jangkakan. Tapi terima kasih kerana mengikuti saya. Ini pengakhiran cerita saya, tapi bukan terakhir anda lihat saya di sini.

“Saya tak tahu bagaimana hubungan saya dengan syarikat ini akan berakhir. Nampak macam akan berakhir juga. Ia bergantung pada mereka, keputusan di tangan mereka sama ada memilih berdiam diri dan jadi baik atau sebaliknya. Terserah pada mereka,” ujarnya.

Baca juga: https://themalaysialife.com/habis-musnah-sekelip-mata-lebih-700-rumah-di-tawau-terbakar/

Baca juga: https://malaysiadateline.com/duit-yang-dicuri-disimpannya-dalam-bank-kekalkan-melayu-susah-biar-bergantung-pada-bantuan-dia-beri/