Laman berita Thaiger melaporkan hari ini bahawa sebuah rumah terbiar di daerah Khwao Sinarin, wilayah Surin, yang dikatakan berhantu, menarik perhatian penduduk setempat yang datang untuk mencari nombor ekor.
Rumah tersebut yang dikatakan telah kosong selama dua tahun menyaksikan kematian pemiliknya.
Penduduknya mendakwa mereka kerap kali melihat lembaga yang mundar mandir di kediaman itu pada waktu malam.
Melalui temubual yang dijalankan, kaum keluarga mendiang tersebut mengesahkan kejadian itu malah mempercayai ia adalah dari roh lelaki tersebut.
Kini, kediaman itu menjadi popular di kalangan penduduk setempat yang datang semata-mata ingin mendapatkan nombor ramalan.
Saudara perempuan mendiang, Chittra Klaokla, menceritakan bahawa abangnya meninggal dunia secara tiba-tiba dua tahun lalu.
Selama upacara kematian, mereka menghadapi pelbagai kejadian menyeramkan, seperti bunyi ketukan pada mangkuk dan periuk belanga.
Orang ramai yang datang ke rumah mendiang untuk melakukan upacara meminta nombor mendakwa bahawa mereka diberi petunjuk daripada entiti tidak diketahui mengenai nombor ramalan.
Baca juga: Lagi berita gembira! Google labur AS$2 bilion, bakal bina wilayah Google Cloud pertama di Malaysia