Gara-gara iPhone wanita ini kena curang sampai suami lafaz cerai talak 3

Tiada perkahwinan yang mengharapkan berakhir dengan perpisahan dan tiada hubungan yang tidak mempunyai masalah. Melalui perkongsian wanita ini, dia merasakan semua masalah berpunca dari iPhone nya yang dimiliki sejak sebelum berkahwin lagi.

Kongsinya, iPhone miliknya itu sering menjadi rebutan keluarga ipar untuk selfie. Pada awalnya dia merasa gembira kerana dapat lebih rapat dengan ipar tetapi, semakin tidak selesa apabila keluarga ipar terus bertanyakan iPhone nya sejurus pulang dari kerja.

Anaknya juga sering terabai apabila dia pergi bekerja. Akibat prestasi kerja yang merosot, dia telah dipecat dan memulakan bisnes minuman secara kecil-kecilan dari rumah. Namun, barang jualannya juga sering diambil keluarga ipar menyebabkan dia gagal meneruskan jualannya itu.

Pernah juga adik iparnya membawa iPhone nya ke sekolah tanpa pengetahuannya. Dia memarahi iparnya tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Bukan itu sahaja, duit simpanannya untuk membeli keperluan anak diambil juga oleh mertua. Lebih teruk lagi, masakan yang dimasaknya terus diambil simpan di dalam bilik mertuanya.

Menurut wanita itu, dia sudah tidak sanggup lagi untuk terus tinggal bersama keluarga ipar. Dia sering mengajak suami untuk berpindah tetapi, suami sering menyebelahi keluarganya. Makanan yang dimasak untuk anaknya juga diambil oleh mertua untuk diberi kepada cucunya yang lain.

Lebih memilukan, keluarga iparnya sering mengirim dia membeli makanan tanpa memberi duit sedangkan dia tidak mempunyai duit yang cukup memandangkan sudah tidak bekerja. Jika dia membeli makanan hanya untuk anaknya pasti keluarga ipar mengata dan mencaci.

Pelbagai perkara buruk dilaluinya sepanjang tinggal bersama mertua dan ipar. Menceritakan saat diceraikan, suaminya kantoi curang dan menceraikannya melalui aplikasi whatsapp. Dia menunggu suami pulang dengan harapan kiriman yang dihantar bukan lah suaminya. Lebih kecewa sebaik tiba suami sekali lagi melafazkan talak kepadanya.

Sejurus itu, dia terus mengemas pakaian dan tinggal bersama sepupu untuk sementara waktu. Sehingga kini dia terus menyalahkan dirinya kerana tidak bersabar dengan keluarga ipar dan menganggap iPhone miliknya punca kepada segala permasalahan.

Video nya kini meraih 21 juta tontonan dan menerima pelbagai komen daripada warganet yang meluahkan simpati kepada wanita itu. Wanita itu kini sedang cuba untuk terus kuat demi anaknya.

Baca juga: https://themalaysialife.com/imam-masjid-negara-menangis-ketika-baca-khutbah-aidiladha-pagi-ini/