Gara-gara kecewa cinta ditolak kerana tinggi cuma 1.65 meter, lelaki ini nekad belanja RMRM379,809 buat pembedahan fizikal

Gara-gara kecewa cinta sering ditolak kerana memiliki tubuh yang terlalu rendah, seorang lelaki dari Amerika Syarikat (AS), Dynzell Sigers nekad membelanjakan AS$ 81,000 (kira-kira RM379,809) untuk menjalani pembedahan fizikal mengubah ketinggiannya.

Menurut sumber, veteran tentera laut dari Georgia itu berjaya meningkatkan ketinggiannya daripada 165 sentimeter (sm) kepada 183 sm.

Jelas Dynzell dalam satu kenyataan, dia sentiasa bergelut dengan tubuhnya yang kecil daripada jik mahu dibangdingkan dengan lelaki lain. Lelaki ini juga berkata cintanya sering ditolak kerana terlalu pendek.

“Sepanjang hidup, saya bergelut dengan keadaan diri yang bertubuh kecil dan tidak kira apa yang saya lakukan untuk mengubahnya, saya sentiasa berasa perkara yang sama.

“Pemanjangan anggota badan memberi saya peluang untuk mengubah hidup saya dan cara saya melihat kehidupan secara keseluruhan”

“Saya berpegang pada itu dan akan sentiasa mempertimbangkan ketinggian saya sebelum mendekati wanita, yang sering menyebabkan saya terlepas (banyak) peluang,” katanya kepada sumber.

Selama bertahun-tahun, dia telah meneliti cara untuk menambah ketinggian namun semuanya tidak berhasil sehinggalah dia menemui prosedur ini. Dia segera mengatur temu janji selepas mengetahui tentang pembedahan fizikal tersebut.

Baca juga: Batu yang dilontar di Mina, tapi ramai yang tidak tahu ke mana perginya batu-batu itu, ini jawapannya