Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) menghabiskan AS$300 (RM1,395) setiap bulan untuk membeli bekalan lampin dan mengekalkan gaya hidup sepenuh masa sebagai bayi.
Akhbar Mirror UK melaporkan bahawa Paigey Miller akan memulakan rutin hariannya dengan bangun dari tidur dari katil bayi miliknya.
Setelah menukar lampin, dia akan menghabiskan waktu dengan bermain dan mencipta ‘content’ online untuk komuniti bayi dewasa dan pencinta lampin (ABDL) di rumahnya.
Paigey mendakwa dia mengamalkan gaya hidup begitu dengan dana yang diberikan oleh 426 pelanggan laman mayanya sejak tahun 2018.
“Saya suka menyimpan mainan dan rasa lebih muda, jadi keluarga dan rakan sudah menerima saya.
“Kami masih orang dewasa. Kami perlu melakukan perkara biasa seperti membayar bil, tetapi kami juga mempunyai tanggungjawab tambahan untuk mengekalkan gaya hidup (bayi) kami,”katanya.
Baca juga: “Mak mertua selalu jadi sasaran kena jaga cucu, sampai kena duduk rumah anak berbulan bulan”