Ibu tunggal sememangnya banyak berdepan dengan cabaran, apatah lagi sering dipandang serong oleh orang sekeliling.
Perlu bekerja sendirian malahan menanggung anak anak seorang diri merupakan perkara yang perit untuk ditelan oleh golongan ibu tunggal.
Seorang wanita telah mendakwa dirinya diskriminasi oleh seorang pemilik rumah hanya kerana dirinya yang berstatus ibu tunggal.
“Cari rumah dari tahun lepas lagi. Tapi yang dapat, (mereka) nak family keluarga… apabila beritahu (status) single mother, terus tak boleh.
“Awat? (Kenapa). Single mother tak ada keluargakah, tak ada anakkah?
“Makin merapu demand. Tak tahulah owner atau agent demand macam tu,” luahnya.
Wanita tersebut turut memuat naik hantaran perbualannya bersama pemilik rumah itu.
Menerusi tangkap layar itu, pemilik rumah menyatakan mereka mengutamakan keluarga berbanding ibu tunggal ini.
“Maaf puan, kami utamakan yang sudah berkeluarga sahaja ya,” terang individu berkenaan.
Perkongsian wanita berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada netizen, dengan ada yang meluahkan simpati dan ada juga yang menyebelahi pihak pemilik rumah.
“Seharusnya kita tolong ibu tunggal, mereka yang memerlukan tempat berteduh. Mereka tidak meminta-minta, mereka memberi rezeki pada kita. Kenapa perlu ada pelbagai macam syarat?
“Takut tak mampu bayar. Single mother bela anak-anak seorang diri, sangat mencabar daripada segi kewangan. Biasanya (bukan semua) duit cukup-cukup makan. Owner rumah tak berani ambil risiko tu.
“Memang ada owner yang tapis profil penyewa sebab nak secure bayaran bulanan tu,” demikian antara komen netizen.