Masalah yang aku nak ceritakan ni semua dah selesai, pendek kata, they’re just my memories that i wanted to share.
Aku ni asal utara, anak sulung dari 5 orang adik beradik, mak ayah aku memang orang susah lah jugak, bapak aku drebar je, mak, sebelum dia mula kerja kilang masa aku umur 10 tahun, suri rumah tapi tak gaya suri rumah pun.
Dia memang bergaya orangnya, masa mula kahwin dengan bapak aku depa ni macam langit dengan bumi, mak aku kuning langsat, rambut ikal mayang, mata besar, cantik natural beauty.
Pendek kata macam artist lah. Bapak aku pulak hitam manis, rambut kerinting, rambut tak berapa nak ada (umur dah 29 tahun masa kawin). Mak memang ada her own sense of fashion, tapi fashion yang suits her skin tone and style lah tak sesuai untuk semua orang.
Kalau dia pakai lipstick mesti merah menyala, blusher dan eyeshadow terang macam era 70-80an. Rambut dia wavy dan cantik tapi nak ikut trend zaman tu punya pasal, dia kerintingkan macam kena karan tu.
Jadi mak aku sanggup pergi buat rambut di salon, aku ingat lagi, aku rasa menyampah je tengok hairstyles zaman tu… Ingat tak? Kalau korang sebaya aku mesti ingat style zaman 80-an tu.
Shoulder pads, baju kurung moden dengan bahu kembung, warna warni, kain kembang payung, butang besar-besar. Kalau dia sorang je nak berfesyen aku tak kisah.
Tapi selalunya aku pun kena sekali tempiasnya, sampai sekarang aku fobia dengan warna terang terang, kedai gunting rambut, dan bergambar. Mungkin orang tak faham sebab apa aku tak suka semua tu Kan? Sat aku explain.
Sebab tak suka kedai gunting rambut: Masa darjah satu aku mula sekolah dengan rambut afro! Ya… afro style guys! Sebab mak aku silap bagi instructions pada tukang gunting rambut tu. Dia patut cakap “set” rambut tapi dia p sebut kat orang tu suruh p “perm”.
Ni semua semata-mata kerana nak cantikkan aku untuk hari persembahan tadika, korang bayangkan tadika je pun, rambut aku dulu panjang ikal mayang tuh sampai masa ke dewan semua tak kenal aku.
Persembahan tetap berlangsung, yang bagi sijil tu korang tau sapa? Tunku Abdul Rahman! Aku siap ada gambar ambik sijil dari dia dengan rambut afro tu besar-besar mak aku gantung kat dinding rumah bila orang datang, depa tanya “eh! Tu siapa?”
Detik bersejarah aku memang hancur la. Dan disebabkan dia dah bayar mahal kat nyonya gunting rambut tu, style tu terpaksa dikekalkan dari hujung disember sampai januari! Masuk sekolah dengan afro style!!!
Aku tau it’s rare, memang aku lah satu-satunya murid yang berambut stylo macam tu kat sekolah tu. Tapi aku bersyukur jugak kita tak boleh tengok kepala sendiri, kalau boleh mesti aku menangis kat sekolah tu hari-hari.
Sebab tak suka baju warna-warni: Kan aku ada bagi tau, mak aku cun, bapak aku kelabu asap, bila mai tang aku ni sederhanalah, warna kulit aku ala-ala nabila huda je tak cerah sangat la tapi bayangkan aku kena pakai baju warna hijau pucuk pisang, warna oren terang, dan pernah kena pakai baju corak bulat-bulat besar pulak tuh, dengan bahu yang tah berapa inci tebal, butang warna gold besar Ibu jari kaki king kong.
Aku pun pelik manalah mak dapat idea semua ni. Dan bila nak tempah baju, dia tak bagi aku buat keputusan sendiri, dia akan pergi rumah tukang jahit, sembang lama sangat pasal design yang dia nak, siap lukis-lukis lagi, then suruh aku pergi ukur badan ja.
Aku langsung takde hak untuk cakap ‘No’ dalam pemilihan baju atau fesyen. Kalau pakai tudung, anak tudung pun dia pilihkan, jenis tebal dan berlipat lipat kat depan tu, alah.
Kalau dalam drama yang jenis macam makcik-makcik kat kampung pakai tu, bila depa nak menyapu depan rumah dan malas pakai tudung. Kesannya aku tak pernah nampak elok, cantik dalam gambar. Aku takde peluang untuk nampak cantik.
Aku hidup dalam trauma masa remaja kena paksa pakai baju makcik-makcik. Yang aku peliknya aku ada dua lagi adik perempuan, tapi they had choices, they get to choose the materials and design they wanted, but I didn’t.
Bila beli kain pasang mesti depa dapat pilih dulu, aku walaupun kakak, tak dapat nak pilih, kena ambik apa yang tinggal je. Dan kebanyakanya tak sesuai sangat dengan aku, pernah lah aku dapat baju warna oren macam tok sami siam… That is one of the reasons why I tak suka ambik gambar:
1. Pakai baju teruk.
2. Mak aku obses dengan camera, dia suka bergambar dan pernah sekali ayah aku tertinggal kamera dalam kereta di sebuah tempat peranginan. Nak ke sana kena naik train, mak aku mengamuk, mak nak jugak ambik gambar kat sana, dia membebel, marah merajuk.
Pendek kata, tak happy lah tak boleh ambik gambar sampai bapak aku kena pergi turun semula dan dapatkan kamera tu baru lah dia behaved normally again. Sampai sekarang aku fobia dengan mengambil gambar terutamanya di tempat awam… Bukan malu, tapi hmmm tah lah.
Tapi dengan pengalaman ni aku sedar, betapa besarnya kesan perbuatan seorang ibu atau ayah terhadap anak anak mereka. – Cik memori (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Neelofa gembira Bilal mulakan prasekolah minggu depan, tetapi kecewa tak dibenarkan akses CCTV