Gara-gara mesyuarat PM hidang air Evian, kini trending di Twitter

Gara-gara satu rakaman video mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri yang dihidangkan air mineral yang mahal, jenama Evian kini trending di Twitter.

Terkini di Twitter  ‘Evian’ muncul sohor dengan 18,000 ciapan di Twitter setakat jam 3.30 petang ini selepas satu video mesyuarat yang dikongsi oleh media sosial Pejabat Perdana Menteri.

Mata pengguna twitter begitu tajam apabila mempersoalkan hidangan air mineral yang dikira paling mahal berbanding air mineral lain.

Apatah lagi mesyuarat berkenaan adalah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara bagi memutuskan harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling yang ditetapkan iaitu RM9.10 sekarang kepada RM8.90.

“Selain harga telur ayam semua gred kekal seperti harga kawalan SHMKM,” ciap Pejabat Perdana Menteri

Untuk rujukan air berkenaan dijual pada harga RM4.50 berdasarkan laman web Jaya Grocer.

Laman web pengeluar air berkenaan menyifatkan produk itu sebagai “air mata air semula jadi mengandungi hanya elektrolit semulajadi dari Pergunungan Alps Perancis” dan dihasilkan oleh syarikat Perancis, Danone.

Sebagai perbandingan, pasar raya yang sama menjual air Spritzer 600ml- dibotolkan di Taiping, Perak – pada harga RM1.25. Dalam erti kata lain, sebotol Evian adalah 3.6 kali lebih mahal.

Minum Evian dalam mesyuarat untuk membincangkan peningkatan kos sara hidup. Ironi betul “Keluarga Malaysia” ni, ciap @irdinachos.

Betul…ppl marah bukan bcoz of the Evian but bcoz after countless meetings & jwtkuasa after jwtkuasa, all we get is this…a 20 cents reduction. Masalah utama adalah AP. Setiap item utama di Msia dikawal AP. Hanya keluarkan AP & harga akan turun, ciap Hisham Abdullah