Kebiasaannya jika menghadiri majlis pastilah akan ada etika pemakaian yang harus diikuti sebagai tanda menghormati majlis. Lebih-lebih lagi jika majlis itu dihadiri oleh golongan kerabat.
Baru-baru ini tular satu video yang telah dimuat naik di ruangan TikTok oleh @pitapentakata yang menunjukkan satu majlis yang dihadiri oleh Tengku Ampuan Pahang.
Dalam video otu dapat dilihat rakyat sedang berpusu-pusu untuk beramah mesra dan berswafoto dengan Tengku.
Tengku Ampuan Pahang juga dilihat mesra melayan para tetamu. Namun, seorang wanita tiba-tiba ditegur kerana berseluar ke majlis tersebut.
@pitapentakata Lain kali pakai proper sikit dalam majlis ðŸ¤ðŸ˜…
♬ original sound – Abg Aezy
Rata-rata netizen menyokong tindakan Tengku Ampuan Pahang kerana seseorang memang perlu mengikut protokol bila ke sesuatu majlis.
Netizen juga menyifatkan teguran itu ibarat teguran seorang mak kepada seorang anak.
Baca juga: Khairul Aming pecah rekod jualan daging dendeng cecah RM1.2 juta dalam masa hanya 3 minit di TikTok