Gara-gara pertaruhan wang dihadapan lebih 300 tetamu pengantin perempuan nekad tinggalkan suami di majlis kahwin yang sedang berlangsung.
Tindakan suaminya itu adalah semata-mata mahu memenangi pertaruhan Rs 1,500 (RM80.92) dengan rakan-rakannya.
Kejadian itu berlaku di Uttar Pradesh, India pada majlis perkahwinan yang berlangsung pada 26 November lalu, wanita itu mendakwa dicium secara tiba-tiba oleh suaminya dihadapan ratusan tetamu.
“Dia tidak mempedulikan maruah saya dan bertindak buruk di hadapan beberapa tetamu. Bagaimana pula tindakannya di masa hadapan?” – Pengantin perempuan.
Ketika pasangan itu bertukar kalungan bunga di atas pentas mengikut upacara perkahwinan pada 26 November lalu, pengantin lelaki tiba-tiba mencium pengantin perempuan di hadapan 300 tetamu majlis kahwin itu.
Susulan itu, pengantin perempuan meninggalkan pentas dan pergi ke biliknya, demikian lapor Independent memetik India Today.
Keluarga pengantin perempuan cuba memujuknya, namun dia enggan kembali ke pentas. Sebaliknya, pengantin perempuan itu langsung ke balai polis untuk membuat aduan terhadap pengantin lelaki.
Dia mendakwa pengantin lelaki menciumnya untuk memenangi pertaruhan dengan rakan-rakannya dan kini dia ‘tidak yakin dengan peribadi lelaki itu’.
“Dia menyentuh saya dengan cara yang saya tidak selesa ketika kami di atas pentas, tetapi saya tidak mengendahkannya.
“Kemudian dia melakukan sesuatu yang tidak dijangka. Saya terkejut dan rasa terhina,” kata pengantin perempuan itu.
“Dia tidak mempedulikan maruah saya dan bertindak buruk di hadapan beberapa tetamu. Bagaimana pula tindakannya di masa hadapan?” katanya.
Pengantin lelaki itu bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa dia bertindak sedemikian sebagai sebahagian pertaruhan Rs 1,500 (RM80.92).
Menurut ibu pengantin perempuan itu, “pengantin lelaki telah dicabar oleh rakan-rakannya.”
“Kami cuba memujuk anak perempuan saya tetapi dia enggan mengahwininya. Kami telah memutuskan untuk menunggu selama beberapa hari dan biarkan dia mengambil sedikit masa untuk membuat keputusan,” kata ibunya.
Bagaimanapun menurut polis tempatan, “pasangan itu secara teknikalnya telah sah berkahwin kerana upacara itu sudah diselesaikan ketika kejadian itu berlaku”.
Baca juga: Akhirnya Starbucks ambil keputusan tutup kesemua 7 cawangannya