Gas berbau dan kepala gas berbunyi? Buat benda ni dahulu untuk periksa

Pasti ramai kaum wanita yang berdebar-debar setiap kali memasang kepala gas kan? Lagi-lagi buat mereka yang baru berjinak-jinak di dapur.

Lagi mendebarkan apabila kepala tong gas tiba-tiba berbunyi dan berbau. Tetapi jangan panik ya! Ikut saja cara di bawah untuk atasi masalah tersebut.

CARA ATASI KEPALA GAS BERBUNYI & BERBAU

Langkah 1: Getah hitam dekat kepala gas tu.

Langkah 2: Keluarkan getah hitam tersebut menggunakan pisau atau apa-apa yang tirus, cungkil keluar getah hitam dari kepala gas tersebut.

Langkah 3: Bila dah keluarkan, terbalikkan getah hitam itu. Kemudian masukkan semula.

Langkah 4: Tekan rapat menggunakan jari supaya masuk ke dalam.

Cara ini sangat berkesan dan mudah sahaja untuk dipraktikkan. Tapi jika sudah ikut cara ini tetapi kepala gas tetap berbunyi dan berbau, cari saja orang yang ‘pakar’ untuk membaikinya.

Baca juga: Ramai yang tak tahu. Mengapa buaya yang berada dalam air tidak menghasilkan riak air yang besar?