Gaul-gaul je dah ‘settle’! Mamak kongsi perapan rahsia peria goreng, tak sangka guna 7 bahan je

Ramai yang menyukai makanan di kedai mamak seperti nasi kandar kuah banjir. Lebih enak jika dimakan dengan ayam goreng serta peria goreng bukan?

Tapi ada kalanya jika cuba membuatnya di rumah pasti rasanya tidak akan sama.

Di laman Facebook, seorang individu yang dikenali sebagai Sheena Supramaniam berkongsi cara mudah untuk menyediakan juadah tersebut dengan menggunakan hanya tujuh bahan sahaja.

Bahan-bahan:

1. Setengah sudu kecil kunyit

2. Setengah sudu serbuk cili

3. Dua sudu kecil serbuk lada putih

4. Setengah sudu besar jintan manis (ditumbuk kasar)

5. Dua sudu besar tepung

6. Dua sudu besar tepung beras

7. Sedikit garam

Cara-cara:

Hiris peria nipis-nipis, kemudian cuci dan rendam dalam air garam selama 20 minit. Selepas itu, bilas peria dengan air bersih.

Tambahkan sedikit garam dan kacau rata dengan peria yang telah dibilas.

Tambahkan kunyit, serbuk cili, lada putih, dan jintan. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati. Biarkan campuran tersebut meresap selama 30 minit.

Tambahkan tepung jagung dan tepung beras ke dalam campuran tersebut, lalu gaulkan kesemua bahan hingga sebati.

Sediakan minyak yang mencukupi dalam kuali dan tetapkan api pada tahap kecil hingga minyak betul-betul panas.

Bila minyak dah betul-betul panas, besarkan api sederhana besar dan mula goreng.

Dengan mengikuti cara ini, anda akan mendapatkan peria yang garing, rangup, dan tahan lama. Selamat mencuba!

Baca juga: Tular hantaran dakwa polis tak terima laporan Farah Kartini hilang sebelum 24 jam