Gaun baldu hitam dan biru milik Puteri Diana dilelong dengan harga RM5.15 juta

Gaun baldu hitam yang pernah dipakai oleh mendiang Puteri Diana telah dilelong dengan harga AS$1,148,080 (RM5.15 juta) di Julien’s Auctions.

Gaun yang lengkap dengan pelapik bahu, skirt organza biru, reben besar dan selempang yang kini menjadi pakaian Puteri Diana yang termahal pernah dilelong.

Puteri Diana pernah pakai gaun itu pada 1985 memecah rekod lelongan baharu dengan harga 11 kali ganda daripada harga yang dianggarkan.

Bagaimanapun, sebelum ini pakar menganggarkan gaun terbabit bernilai AS$100,000.

Busana termahal milik Puteri Diana yang dijual sebelum ini ialah gaun baldu 1991 oleh Victor Edelstein yang memperoleh AS$604,800 dalam lelongan pada Januari.

Ini bermakna gaun Jacques Azagury milik Puteri Diana merekodkan harga hampir dua kali ganda berbanding gaun sebelum ini.

Diana kali pertama mengenakan persalinan itu di Itali pada 1985 ketika lawatan diraja bersama suaminya ketika itu Putera Charles dan sekali lagi ketika menghadiri Orkestra Simfoni Vancouver pada 1986.

Baca juga: Lega cincin berharga RM3.7 juta milik usahawan Malaysia akhirnya dijumpai dalam ‘vacuum cleaner