Penggunaan sudip atau senduk yang diperbuat daripada kayu memang boleh melindungi periuk anda daripada calar.
Namun, jika anda perhatikan sisa makanan masih akan wujud di celah-celah kayu meskipun telah menyentalnya berulang kali.
Bagi mereka yang mencari kaedah untuk membersihkan peralatan dapur berasaskan kayu, anda boleh mencuba tip yang dikongsi ini.
Tips mudah ini dikongsi oleh seorang Chef yang menggunakan nama TikTok The Bigger Chef.
Cara-caranya:
1. Didihkan air di atas api dan masukkan cuka ke dalam kuali yang sedang mendidih.
2. Masukkan garam secukupnya.
3. Kemudian, masukkan peralatan kayu yang dikehendaki.
4. Tutup api dan biarkan ia direndam seketika.
Teknik ini berjaya dilakukan apabila anda menemui minyak dan sisa yang terapung di dalam kuali yang dididihkan.
Selamat mencuba!