Seorang wanita di Turki telah mengemukakan saman terhadap suaminya disebabkan kurang kebersihan diri, bau badan yang disebabkan jarang mandi, dan kebiasaan hanya memberus gigi sekali atau dua kali seminggu.
Dia turut mengemukakan permohonan penceraian dan menyatakan kebersihan diri adalah sebab utama.
Semasa perbicaraan kes di Mahkamah Keluarga ke-19 di Ankara, peguam pihak yang membuat tuntutan memberitahu bahawa defendan sering memakai pakaian yang sama selama lima hari berturut-turut.
Beberapa saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan mengesahkan dakwaan, termasuk kenalan pasangan tersebut dan beberapa rakan sekerja C.Y. Mereka mengesahkan bahawa C.Y. mempunyai tahap kebersihan diri yang rendah.
Mereka turut mengakui bahawa bekerja bersama C.Y merupakan masa yang sangat terseksa kerana terpaksa menahan bau busuk.
Mahkamah kemudian memutuskan untuk meluluskan permohonan cerai yang diajukan oleh A.Y. dan memerintahkan lelaki tersebut membayar pampasan sebanyak 500,000 lira (RM77,874) kepada bekas isterinya.